Wahai Qalb



Unzur wahai Qalb,
Nikmat seantero maya karunia Illahi,
Yang mengelilingi jasad sempurna ini,
Saban saat saban minit saban jam,
Tak pernah terdetikkah dalam qalbmu,
Adakah aku ini seorang pensyukur setia Al-Khaliq ?
Adakah aku ini seorang pencinta hebat Ar-Rahman ?
Unzur wahai Qalb,
Debuan dosa yang telah jutaan lamanya kau taburkan,
Yang tanpa sedar sedang membunuh rohmu,
Yang tanpa sedar sedang medepangkan jarak kau daripada Azza Wa Jalla,
Pernahkah kau terfikir ?
Pernahkah kau berkoreksi diri?

Titiskan air matamu simbolik sesal alpa hamba hina dina,
Kesalkan lalai lekanya jasad pinjam berjiwa ini,
Dengan hiburan dunia sementara,
Allah Allah Allah,
Repitasikan di setiap degup jantung,
Hadaminya di setiap aliran darah,
Resapi sesungguhnya dalam qalbmu,
Agar tidak kau lupa,
Maujudnya batu besar di bahu,
Tanggungjawab serta ahdaf sebenar hidupmu,
Sebagai hamba Sang Pencipta,

Wahai Qalb,
Aku melutut merayu,
Jangan kau letakkan cinta lain dalammu ,
Selain cinta Allah dan Rasulullah ,
Yang tak pernah berhenti mencintai aku , sang pendosa ini,

Wahai Qalb,
Sakitkan jasadku dengan sakit tak terperi,
andai aku sudah mula leka mencintai yang lain,
Hentikanlah nafas dalam satu kedip mata,
Andai aku sudah mula hanyut kembali mencintai dunia,

SubhanaAllah Allahuakbar Alhamdulillah,
Aku muslim ,
Aku tidak mahu muslim atas nama ,
Aku mahu muslim (berserah diri) , kepadaMu , sesungguhnya .



Coretan Hamba hina dina,
   Amal Sahuddin .

No comments: